TUTORIAL: Gaun Kanak-Kanak tanpa Lengan
Bahan-bahan1. 1 meter fabrik bidang 60"
2. Benang jahit
3. Zip 8"
4. Kun
5. cangkuk dan mata
Ukuran yang diperlukan adalah seperti berikut:
1. Labuh Tengah Belakang
2. Lebar Bahu
3. Keliling Leher
4. Keliling Dada
Ukuran yang biasa saya gunakan bagi pakaian kanak-kanak berumur 1 1/2 tahun hingga 2 tahun adalah seperti berikut:
1. Labuh Tengah Belakang : 21sm
2. Lebar Bahu : 22sm
3. Keliling Leher : 25.5sm
4. Keliling Dada : 53sm
Langkah menjahit
1. Kemaskan tepi-tepi berjerumbai dengan menggunakan mesin jahit tepi.
2. Jahit zip pada belah tengah belakang baju. Kemas dan tekan.
3. Jahit kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung. Tekan.
4. Kemaskan lubang leher dengan menjahit kun. Tekan.
5. Kemaskan lubang lengan dengan kun. Tekan.
6. Jahit sisi baju dengan kelim belah kangkung.
7. Jahit kelim skirt.
8. Kedutkan pinggang skirt dan cantum ke pinggang baju. Kelim skirt adalah selari dengan belahan zip belakang baju.Kemas dan tekan.
9. Lipat kelepet skirt dan jahit.
10. Jahit cangkuk dan mata untuk mengancing leher.
11. Tekanan akhir.
Terima kasih atas polanya..
ReplyDeleteSaya sekeluarga ambil ilmu yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya.
Perkongsian yang baik. Tq.
ReplyDeleteTip mudah klik ---> Panduan Mudah Melakar Pola dan Menjahit Gaun Kembang Peplum untuk Kanak-Kanak
Tq for share
ReplyDelete